Assalamualaikum...
Selalunya hujung minggu je mesti ramai yang balik ke rumah masing-masing. lagi sesiapa yang rumahnya dekat, senang laa kalau diorg nak balik. Aku kalau nak balik pon boleh je cuma penat sikit la sebab cuti hujung minggu 3 hari je.
Kali ni aku decide untuk balik rumah. Macam dah lama pulak tak balik (padahal takde la lama sangat). Mak ayah memang bagi je kalau aku nak balik, lagi suka ada la. Ni yang rasa nak balik selalu ni.
Alkisahnya, kalau aku tak balik ada je diorang makan sedap-sedap. Tak kira la sama ada mak masak or makan kat luar. So kali ni aku request nak makan steamboat. Nasib baik la ada kakak dan abang yang baik hati nak belanja adik diorang yang mengidam nak makan macam2 ni.. hehe.. Diorang bukan belanja atas paksaan k, tapi dengan kerelaan sendiri. Untung juga jarang balik rumah ni. hihi..
ayam lada hitam dan ayam madu dan tomyam
kejap je makan dah nak habis
Tempat yang jadi pilihan kitorg ialah D'Resort Steamboat & Grill. Restoran ni baru je beroperasi selama 2 bulan tu yang kitorg nak cuba makan kat situ. Walaupon nama restoran ni D'Resort tapi restoran ni bukan kat resort pon. Jangan salah faham pulak.
Layanan yang diberikan sangat bagus dan tidak mengecewakan. Harga makanan pon sangat reasonable. RM13 je per person and dapat ambik mana2 makanan yang korg suka. Tetapi kena make sure laa sume makanan yang korg ambik tu dihabiskan.
Cz kalau makanan tu tak habis, setiap 100gram akan dicaj RM10. Membazir laa kan ambik banyak2 then tak habis pulak. So ambil la makanan berdasarkan kemampuan sahaja dan bukan ikut nafsu lapar tu.
There are variety of foods. Nasi Goreng, mee, makaroni, sotong rendam, bebola ikan, isi ketam, sosaj, telur, cendawan dan banyak lagi laa. Tapi korg jangan laa compare dengan Seoul Garden or any steamboat restoran yang mahal2 tu. Memang laa akan lain sikit. But for me, ni pon dah lebih dari cukop.. hehe
p/s : Worth the money makan kat restoran ni. Boleh la pergi lagi lepas ni. InsyaAllah.
Thank you :)
No comments:
Post a Comment