Monday, 15 December 2014

Rumahku Syurgaku


Assalamualaikum


Ayah aku ade request nak makan makaroni carbonara. Kalau aku balik je, mesti ayah akan suruh masak makaroni carbonara ni. Lagipun semua memang suka pun carbonara ni.

Aku dengan kakak pon sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Bahan-bahan tu tak susah pon cari, semua boleh didapati di Tesco ataupon kat mane2 supermarket yang berdekatan. 

Makaroni ni ade dua jenis. Satu yang bentuk 'C' dan satu lagi yang bentuk macam c tak siap atau takde ekor. Bentuk yang c tak siap ni kena pandai agak kuantiti air dan masa berapa lama nak rebus sebab makaroni ni cepat lembik. Kalau nak senang, guna yang bentuk 'C' siap tu.
Kitorg guna 2 bungkus makaroni sebab kalau lebih, esok boleh makan lagi.


rebus dengan minyak zaitun dan garam(secukupnya). Alternatif kalau takde minyak zaitun, guna minyak biasa pon boleh. *8 orang makan


kalau nak lagi berkrim, guna susu yang 'full cream'.


Alhamdulillah dah siap : Seafood Macaroni Carbonara


Senang je nak masak carbonara ni. Semua bahan main campak2 je. Dalam masa sejam dah boleh siap semua. Kalau buat untuk kuantiti yang sikit lagi cepat boleh siap. 30minit pon dah boleh siapkan.


p/s : Resipi ni telah diolah berdasarkan selera sendiri.


Thank you :)


Steamboat


Assalamualaikum...



Selalunya hujung minggu je mesti ramai yang balik ke rumah masing-masing. lagi sesiapa yang rumahnya dekat, senang laa kalau diorg nak balik. Aku kalau nak balik pon boleh je cuma penat sikit la sebab cuti hujung minggu 3 hari je.

Kali ni aku decide untuk balik rumah. Macam dah lama pulak tak balik (padahal takde la lama sangat). Mak ayah memang bagi je kalau aku nak balik, lagi suka ada la. Ni yang rasa nak balik selalu ni.

Alkisahnya, kalau aku tak balik ada je diorang makan sedap-sedap. Tak kira la sama ada mak masak or makan kat luar. So kali ni aku request nak makan steamboat. Nasib baik la ada kakak dan abang yang baik hati nak belanja adik diorang yang mengidam nak makan macam2 ni.. hehe.. Diorang bukan belanja atas paksaan k, tapi dengan kerelaan sendiri. Untung juga jarang balik rumah ni. hihi..


ayam lada hitam dan ayam madu dan tomyam


kejap je makan dah nak habis


Tempat yang jadi pilihan kitorg ialah D'Resort Steamboat & Grill. Restoran ni baru je beroperasi selama 2 bulan tu yang kitorg nak cuba makan kat situ. Walaupon nama restoran ni D'Resort tapi restoran ni bukan kat resort pon. Jangan salah faham pulak.

Layanan yang diberikan sangat bagus dan tidak mengecewakan. Harga makanan pon sangat reasonable. RM13  je per person and dapat ambik mana2 makanan yang korg suka. Tetapi kena make sure laa sume makanan yang korg ambik tu dihabiskan.

Cz kalau makanan tu tak habis, setiap 100gram akan dicaj RM10. Membazir laa kan ambik banyak2 then tak habis pulak. So ambil la makanan berdasarkan kemampuan sahaja dan bukan ikut nafsu lapar tu.

There are variety of foods. Nasi Goreng, mee, makaroni, sotong rendam, bebola ikan, isi ketam, sosaj, telur, cendawan dan banyak lagi laa. Tapi korg jangan laa compare dengan Seoul Garden or any steamboat restoran yang mahal2 tu. Memang laa akan lain sikit. But for me, ni pon dah lebih dari cukop.. hehe




p/s : Worth the money makan kat restoran ni. Boleh la pergi lagi lepas ni. InsyaAllah.


Thank you :)


Sunday, 14 December 2014

Biasiswa


Assalamualaikum


Kalau ada rezeki, ada laa kan. Alhamdulillah wlaupon tak dapat biasiswa Samsung, I still have a good news cz manage to get biasiswa dari Jabatan Pertahanan Awam (JPA). Bersyukur sangat cz dapat biasiswa. At least takde laa depends kat parents je.

Mulanya tak confident pon akan dapat biasiswa JPA cz selalu dengar macam susah je nak dapat biasiswa JPA ni. Lagipun memang ramai yang pohon biasiswa ni. Tawakal je laa kan. Procedure nak isi permohonan tu tak susah dan tidak ada interview bagi pemohonan biasiswa dalam negara.



kena login untuk semak keputusan permohonan..

Banyak juga perkara yang perlu diselesaikan. Surat perjanjian biasiswa kena ada 3 salinan dan matikan setem hasil. Jadi, kena laa ke pejabat pos dulu untuk membeli setem hasil yang harganya RM10 setiap satu (disebabkan surat perjanjian ada 3, kena la beli 3 setem hasil). 

Sepanjang nak selesaikan hal biasiswa ni, ayah laa yang teman. Rajin ayah teman aku ke pejabat pos dan pejabat hasil walaupun aku boleh je drive sndiri. Ni yang sayang lebih ni. hehe.. Kejap je dah boleh selesai sebab tak ramai orang.


senarai semak


surat perjanjian


Bahagian saksi pula aku meminta jasa baik pensyarah aplikasi komputer aku sebagai saksi yang merangkap mentor saya. Alhamdulillah semua proses berjalan dengan lancar dan hanya menunggu pihak JPA datang ke fac je untuk serahkan surat2 ni.

Amoun yang akan dapat nanti ? Itu tak berapa nak sure sangat. Tahu sikit2 je, tu pon daripada senior. Tapi yang pasti, dalam surat perjanjian tu ada tulis tempoh kontrak berkhidmat dengan kerajaan selama 4tahun. Dah dapat biasiswa kan, mestilah kena berkhidmat dengan pihak yang memberi tu.


Thank you :)


Thursday, 20 November 2014

Rakan Sebilik


Assalamualaikum


Entry kali ni nak kongsi pasal rakan bilik aku. Setiap bilik terdiri daripada dua orang. Bilik 'single' ada juga tapi untuk pelajar tahun satu memang akan dapat bilik untuk dua orang. 

Rakan bilik aku ni orang Kuala Kangsar, Perak. Kira okey la sebab tak dekat sangat. Kenapa pula aku kata okey ? Sebabnya kalau hujung minggu kitorang tak balik rumah, jadi ada la teman (nampak tak permainan disitu). 

Seorang yang sangat manis yang diberi nama Nur Syahira. Panggil Syiera ataupon Era. Sekali pandang macam pendiam. Awal2 tegur tu era ni tak banyak cakap sangat. Mungkin sebab baru kenal kan. Takkan la nak riuh sekampung pulak.

Bila dah lama kenal, tahu la yang Era ni sangat baik. Suka tolong orang lain dan tidak berkira. Alhamdulillah kitorang ni sekepala. Kalau bab nak jalan2 tu serahkan kat kitorg, semua tempat nak pergi. 

Kursus kitorg pon sama, business management so kelas kitorg banyak yang sama. Senang nak buat discussion or nak tanya soalan, dah satu bilik kan.

Kawan yang paling rapat sepanjang berada di UKM, Era ni la. Kawan yang selalu ada time susah n senang. Bukan senang nak cari kawan yang ada dengan kita waktu susah. Selalunya waktu senang je akan selalu ada, tapi kalau waktu susah, bayang pon dah tak nampak. Sesetengah je la, bukan semua orang macam tu..


rajin ber'selfie'.. sebelum keluar bilik akan tangkap gambar dulu.


gambar bilik time registration day, so sepah sikit cz tak sempat nak kemas..


p/s : Sometimes kita tak boleh selfish. Learn to aprreciate people surrounding us.


Thank you :)